Monday, April 18, 2016

   
TAJUK/TITLE :  PENGENALAN KEPADA PERALATAN MENGIMPAL SMAW


      TUJUAN/PURPOSE:

     Tujuan kertas penerangan ini adalah untuk mengenal pasti proses pemeriksaan peralatan dan fungsi aksesori            pada kimpalan SMAW.

      PENERANGAN/INFORMATION

     Dalam proses Shield Metal Arc Welding (SMAW) atau Manual Metal Arc (MMA) di sini dapat menerangkan                seperti prinsip asas,jenis-jenis aksesori yang digunakan dan juga mengenai kekutuban (polarity) yang digunakan  
     semasa kerja kimpalan dilakukan dan juga terdapat beberapa perkara yang dapat membantu proses kimpalan ini.


      1.  PERALATAN DAN AKSESORI SMAW
           Peralatan dan aksesori merupakan asas kepada proses kimpalan smaw :
               i.        Kabel kimpalan (welding cabel)
              ii.        Pemegang elektrod (electrod holder)
            iii.        Kabel kerja (work cabel)
            iv.        Penghadang muka (welding shield)
              v.        Sarung tangan kimpalan (welding glove)
            vi.        Tukul penyerpih (chipping hammer)
           vii.        Mesin pencanai (grinding machine)

1.1 KABEL KIMPALAN (WELDING CABEL)

  i) Kabel kimpalan merupakan sambungan elektrik di antara elektrod dengan bekalan  
   kuasa. Kabel bumi pula menyambungkan benda kerja atau logam asas dengan

bekalan kuasa. Ciri-ciri bagi kabel kimpalan ialah mudah lentur dan tidak mudah terbelit. Pastikan kabel tidak bersentuhan dengan benda benda tajam dan panas.

Kabel terdiri daripada dawai/helaian copper  yang halus pembalut kertas minyak. Pembalut kain kanvas dan salutan getah. Ia menjadi kabel lebih tahan lama,mudah lentur dan kalis air.

1.2 PEMEGANG ELEKTROD (ELEKTROD HOLDER)

i) Pemegang elektrod adalah satu aksesori mesin kimpalan yang penting. Holder  ini juga berfungsi sebagai pemegang elektrod dan pemegang bagi pengimpal untuk menghindari dari terkena renjatan elektrik.Holder elektrod juga ada pelbagai jenis dan jenama.

 1.2.1 Sifat bagi pemegang elektrod yang baik
  1. Ia ringan dan seimbang dapat mengurangkan kepenatan apabila digunakan.
  2. Tidak cepat panas.
  3. Boleh memegang dan melepaskan elektrod dengan baik.
  4. Sebaik baiknya permukaan dilengkapkan dengan penebat.
  5. Bahagian pengapit dibuat daripada copper atau brass.

1.2.2 Sebab - sebab pemegang elektrod menjadi panas.
  1. Sambungan pemegang elektrod  pada kabel longgar.
  2. Menggunakan pemegang elektrod yang ampiarnya yang rendah berbanding  dengan arus mengimpal yang tinggi.
  3. Rahang atau jaw pemegang elektrod kotor.


1.3 KABEL KERJA (WORK CABEL)

i) Kabel kerja mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logam asas dan menukarkan tenaga elektirk ini kepada tenaga haba yang tinggi.tenaga haba ini digunakan untuk melebur logam elektrod, logam tambahan atau logam penyambung yang akhirnya menghasilkan satu sambungan kimpal.

1.3.1 ARUS ULANG ALIK
i) Sejenis arus yang mengubah arah pengalirnya beberapa kali dalam satu saat.arus ulang alik yang biasa digunakan akan mengubah kekuataan dan arahnya 120 kali dalam masa satu saat atau membuat satu pergerakan ulang alik dalam masa 1/60 saat.frekuensi arus ini dikatakan bernilai 60 hertz.

1.3.2 ARUS TERUS
i) Sejenis arus yang mempunyai arah pengaliran yang tetap.arah arus terus hanya boleh diubah dengan menukar sambungan kabel yang digunakan.


1.4 PENGAPIT KERJA (WORK CLAMP)


i) Pengapit kerja skrunya hendaklah tidak terlalu ketat dan benda kerja hendaklah diapit dibahagian tengah. Elakkan mengetuk atau menukul ragum dengan tukul yang besar. Rapatkan kedua-dua pengapit (tutup) sekiranya tidak digunakan. Elakkan mengapit benda kerja  yang panas.

1.5 OBOR PEMANASAN (HEATING TORCH)

i) Heating torch ialah alat yang menggunakan gas.fungsi alat ini digunakan untuk membuat pra-panas pada benda kerja,ianyanya digunakan pada paip atau plate sebelum memulakan kerja-kerja mengimpal.


1.6 PENGAPIT METER (CLAMPMETER)

i) Clammeter ialah satu alat bagi pengimpal untuk menyukat arus kimpalan.Biasanya digunakan menyukat arus ac dan dc bagi mengetahui arus mesin kimpalan berjalan dengan baik sekali


1.7 PENGUKUR API (PYROMETER)

i) Pyrometer digunakan dalam kimpalan untuk menyukat tahap kepanasan benda kerja. Selalunya alat ini digunakan sewaktu pengimpal menjalankan ujian/test untuk ketahui tahap kepanasan. Alat ini mudah digunakan dan senang dibawa kemana sahaja.


1.8 KRAYON TEMPLESTIK (CRAYON TEMPLESTIK)

i) Alat pengukur suhu ini digunakan bagi tujuan mengetahui akan suhu yang sebenarnya atau yang tepat semasa proses memanas dilakukan supaya sesuatu perkerja yang dibuat mengikut spesifikasi sama ada proses ini dilakukaan sebelum atau sesudah logam dikimpal. Dibekalkan dalam kotak yang mengandungi berapapa batang Crayon dengan pelbagai warna seperti hijau, biru, coklat, kuning, putih, hitam, jingga, merah jambu dan lain-lain.

ii) Setiap batang Crayon yang dicalitkan atau digoris pada logam yang sedang dipanaskan akan berubah warna dari warna asal sebagai contoh warna asal Crayon hijau tua apabila dicalitkan permukaan logam yang akan dipanaskan akan bertukar menjadi warna putih ini menunjukkan suhu yang dikehendaki iaitu 670°c (1240°f) sudah diperolehi.

1.9 GOGLE CUTTING

i) Alat ini berfungsi sebagai pelindung mata.Selain itu ia selalu digunakan semasa memotong menggunakan oxy-asetylene kerana alat ini mempunyai cermin gelap dan cermin terang.

1.10 PENGHADANG MUKA (WELDING SHIELD)
RAJAH 10: penghadang muka
i) Alat ini digunakan untuk melindung bahagian muka. Pelindung muka ini digunakan untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari terkena percikan arka.Ia juga melindungi pengimpal dari pancaran cahaya  ultra voilet yang boleh membahayakan mata sewaktu mengimpal. Bahagian hadapanya terdapat kaca warna yang tipis
 (Filter Glass).

1.10.1 Penentuan kelas cermin hitam
i) Cermin hitam atau filter glass dibuat bergantung kepada jumlah arus yang digunakan.
Cermin putih atau clear glass diletakkan dibahagian luar untuk melindungi cermin hitam daripada terkena spatter atau slag yang panas.

a)    Cermin hitam no.5 untuk kimpalan titik (spot welding)
b)    Cermin hitam no. 6 dan no. 7 untuk arus mengimpal sehingga 30 amp
c)    Cermin hitam no.8 untuk mengimpal arus 30 hingga 75 amp.
d)    Cermin hitam no. 10 untuk memotong dengan arka dan arus 75 hingga 200 amp.
e)    Cermin hitam no.12 untuk kimpalan arka dan memotong menggunakan arus 200 
           hingga 400 amp.
f)     Cermin hitam no.14 untuk kimpalan arka dan memotong menggunakan arus  lebih  400 amp.


1.11 SARUNG TANGAN KIMPALAN (WELDING GLOVE)

i) Sarung tangan(Glove Welding) ialah alat pelindung tangan digunakan semasa menjalankan kerja-kerja kimpalan kerana dapat melindung dari percikan api dan benda kerja yang panas.

1.12 PELINDUNG MUKA (VIVOR/FACE SHIELD)

i) Pelindung muka ini  digunakan untuk melindung muka semasa membuat kerja-kerja mencanai.ianyanya amat sesuai untuk mencanai kerana sifatnya yang tahan (Hight Impact) daripada percikan api atau daripada benda keras


2. ALAT PENANDAAN DAN ALAT-ALAT TANGAN
2.1 KAPUR PENANDAAN (MARKING CHALK)
 i) Alat pengaris atau penanda bahan kerja pada logam.

2.2  PEMBARIS KELULI TAHAN KARAT (STEEL RULER)
i) Pembaris keluli tahan karat yang digunakan untuk mengukur benda kerja atau             mengaris.

2.3 PENEBUK PUSAT (CENTER PUNCH)
i) Penebuk pusat ini  digunakan  sewaktu untuk menanda untuk menebuk lubang pada  Plate atau benda kerja. Penanda pusat digunakan untuk menandakan pusat mata. Ia biasanya digunakan untuk menandakan tengah lubang apabila menggerudi lubang.

2.4 SESIKU L (L SQUARE)
i) Sesiku L ialah sejenis alat pengukuran yang digunakan untuk menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu, serta menguji kepersegian kayu. Bahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan. Manakala bahagian badannya diperbuat daripada kayu keras atau keluli. Sesiku L biasanya bersaiz 20cm. Pada mata ditandai dengan ukuran Sentimeter dan Inci

2.5 PAHAT (CHISEL)
i) Pahat adalah perkakas pertukangan berupa bilah besi yang tajam pada hujungnya untuk memahat atau mengukir benda keras seperti kayu, batu, atau logam. Pegangannya dibuat dari kayu atau logam. Dalam penggunaannya, pahat ditekan pada bahan untuk memotong bahan tersebut. Dorongan dapat dilakukan sendiri atau dengan bantuan .

2.6 GARIS KAPUR (CHALK LINE)
i) Garis kapur sebuah garis yang dibuat pada permukaan dengan menjentikkan string kencang atau kabel ditaburi dengan kapur berwarna.

2.7  TUKUL PENYERPIH  (CHIPPING HAMMER)
i) Tukul penyerpih digunakan untuk membuang sangga yang terdapat pada kumai dan jenis tukul contohnya seperti tukul kepala bulat tidaklah sesuai untuk mengetuk sangga pada kumai kerana ia boleh merosakan riak kumai dan terdapat bekas ketukan pada permukaan benda kerja tersebut.

2.8 MESIN PENCANAI (PORTABLE GRINDING MACHINE)
i) Digunakan untuk mencanai sesuatu benda kerja dan terdapat banyak kegunanya bergantung pada kerja yang kita lakukan .

2.9 MATA PENCANAI (GRINDING DISC AS PER SPECIFICATION)
i) Mata grinding mesin pencanai ini digunakan sama ada untuk memotong Plate dan mencanai permukaaan dan terdapat jenis-jenis mata grinding yang sesuai digunakan mengikut kesesuaian.

2.9.1 MATA PEMOTONG
i) Digunakan untuk memotong logam dan benda kerja dan terdapat pelbagai jenis dan saiz.

2.10 CAWAN BERUS (CUP BRUSH)
i) Digunakan untuk membersihkan benda kerja  dengan cepat dan dipasang pada grinding mesin, berus dawai  juga boleh digunakan untuk pembersihan pada benda kerja yang kasar contohnya digunakan untuk membersihkan benda kerja yang berkarat dan mengeluarkan cat.

2.11  TUKUL PENGETUK BULAT (BALL PEEN HAMMER)
i) Tukul pengetuk bulat untuk mengetuk benda kerja yang keras contohnya mengetuk paku,plate aluminium dan lain-lain dan tidak sesuai digunakan untuk digunakan untuk mengetuk sangga pada kumai.

2.12  BERUS DAWAI (BRUSH/BROOM)
i) Berus dawai untuk membersihkan permukaan benda kerja dengan mengosok permukaan .


SOALAN/QUESTION:
1.Apakah kegunaan head shield?
2.Senaraikan 7 peralatan dan aksesori SMAW?








1. Melton G B. Validation of arc welding equipment. Welding and Metal Fabrication,            
    Jan/Feb 1993, 61(1) 42-46.
3. Lincoln Electric (1994). The Procedure Handbook of Arc Welding. Cleveland:
      Lincoln Electric. ISBN 99949-25-82-2.

1 comment:

  1. Postingan yang sangat bermanfaat , apabila sedang mencari alat welding dan peralatan lainnya silahkan kunjungi toko kami https://www.tokopedia.com/adarabc/

    ReplyDelete